Friday, 10 August 2012

Kerja Amal

Pada 1 Ogos yang lepas ada disiarkan kisah sebuah keluarga mualaf hidup dalam keadaan daif dan miskin. Selepas membaca newspaper tersebut saya terus membuat plan untuk menderma dengan keluarga tersebut. Cadangan saya disokong oleh teman-teman yang ada di pejabat dan hasil sumbangan dari teman-teman, kami dapat membeli tilam, bantal, makanan & sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada teman-teman pejabat yang sudi menyokong saya.

Semalam saya dan beberapa orang teman di pejabat telah pergi ke rumah keluarga tersebut di Kpg Sungai Maong, Kuching. Kegembiraan terpancar di wajah mereka apabila merima sumbangan dari kami.

Kepada teman-teman blogger yang ingin menderma kepada keluarga tersebut, bolehlah pergi ke Kpg Sungai Maong, tanya sahaja dengan jiran tetangga di sana di mana rumah En Martin, pasti mereka tahu.

Marilah kita sama-sama beramal & membantu org yang memerlukan bantuan tidak kira bantuan berupa duit, makanan & apa sahaja yang boleh menggembirakan hati mereka yang memerlukan…



 Keratan Akhbar


Jalan Menuju ke rumah En Martin


 Tuan Rumah (Encik Martin)


 Ms Tikot sedang berloyar buruk dengan Tuan Rumah


 Wajah gembira menerima sumbangan dari kami


Kawasan di belakang rumah  


 Tandas mereka

Teman-teman yang sama-sama menyokong Ms Tikot...

6 comments:

  1. Syabas Miss Tikot dan geng!
    Sik upload ke portal tek?

    ReplyDelete
  2. Tia: X lah, sekadar nak beramal jak...

    ReplyDelete
  3. Ada nak pegi umah en. martin tok, alu sik kesampaian ndah. Apapa pun, tahniah. mesti hepi lekak beramal camya kan? XD

    ReplyDelete
  4. Beramal amalan yang mula..bravo.

    ReplyDelete
  5. rasa ingin nak join jak..mayb next time kak tikot...

    ReplyDelete
  6. F&F: Bila kita beramal, jiwa akan sentiasa tenang ;-)

    Ez Vina: Terima Kasih kerana sudi singgah di blog saya

    Siti Sahmsiah @ sahm: Ok... maybe next time ;-)

    ReplyDelete