Tuesday, 24 July 2012

Chai Tow Kway Versi Melayu

Terasa ingin nak makan Chai Tow Kway... Selalu nya jumpa di kedai cina... susah sgt nak cari, saya cuba mendapatkan resipi dari seorang kwn, first time cuba buat menjadi juga... memang rezeki nak makan...hahah...



Bahan-Bahan A.

400gm Tepung Beras
1.1 Liter Air Panas
400gm Lobak Putih/Keladi (Buang kulit, Rebus + Mashed)
2 Sudu Kecil Garam
Sedikit minyak

Bahan-Bahan B

2 Sudu Besar Cili Boh
5 Biji Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
1 Biji Telur
1 cawan Kecil Udang Kering
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

Bahan A:

1. Campurkan tepung beras dengan air panas
2. Masukkan garam & lobak putih/keladi
3. Kacau hingga sebati
4. Masukkan dalam loyang & kukus hingga masak.
5. Bila dah masak, sejukkan & potong dadu.
6. Goreng dengan sedikit minyak hingga warna golden brown

Bahan B:

1. Tumiskan cili boh
2. Masukkan bawang besar & bawang putih tumis sampai naik bau wangi
3. Masukkan telur kacau lagi
4. Masukkan udang kering
5. Masukkan Bahan A kacau hingga masak.

Ok....Selamat Mencuba....

2 comments:

  1. nampak cantik, mesti rasa sedap jugak kan?

    ReplyDelete
  2. Lekak nya chai Tow kway, kita akan jadi Car bek liaw hahahahaha

    ReplyDelete