Sunday, 15 July 2012

Bugis Street (Day 1)

Malam tu, lepas kita org check in ,1st tempat yang kita org pergi ialah Bugis Street, kat sana macam-macam barang ada dijual. Bugis Street ni macam style Petaling Street, tapi ada juga barang original jual kat sini. Kalau nak beli oleh2 seperti T-Shirt S'pore, key chain, fridge magnet & etc utk kenang-kenangan, kat sini nyk dijual. Sampai kat sana terus dinner di Burger King haha...

Dari hotel tempat kami check in, kita org tunggu teksi di tepi jalan utk pergi ke Bugis Street sebab kaki dah tak larat lagi nak menuju ke station MRT. Sebenarnya kalau nak naik MRT dekat saja, jalan kaki menuju ke station dalam 10 minit pas tu cuma 3 station sahaja untuk sampai ke Bugis station. Selepas shopping kat Bugis Street kita org terus balik ke hotel & rehat.

Bugis Street 


Saya sempat juga membeli perfume & clutch bag.

2 comments: