Saturday, 14 April 2012

Choc Chip Cup Cake

Minggu lepas kita org berkumpul di rumah seperti biasa budak2 ramai anak cousins, ni baru suku dari family, rumah dah riuh rendah… So, utk tutupkan mulut yang bising. Saya suruh budak-budak buat Choc Chip Cup Cake. Saya bagi resipi.. dia org buat sendiri… menjadi juga. Bila dah masak masing-masing berebut nak makan cup cake…

Bahan-Bahannya

525gm tepung gandum
600gm butter
450gm gula
9 biji telur
3 sudu besar baking powder
Choc Chip
Vanilla

Cara-cara:

1. Butter & gula pukul sampai kembang
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder
4. Masukkan vanilla
5. Pukul lagi sampai semuanya rata
6. Masukkan dlm mangkuk cup cake (jgn bagi penuh cup)
7. Hiaskan dengan choc chip
8. Masukkan dalam oven & masak.



Selamat mencuba...

3 comments:

  1. Ammmmmm2.. Mintak sikit juak.. haha..

    ReplyDelete
  2. L@dyKichiMachiko & AmirFX: Sekai hidang ajk ya koh..

    ReplyDelete